BAGAIMANA FARAH MERAWAT KULIT KERING

Assalamualaikum. hey, korang pernah tak mengalami masalah kulit yang Farah nyatakan kat title di atas? Masalah kulit kering. So, hari ni Farah nak share cara Farah sendiri untuk merawat kulit Farah yang kering sebab, Farah duduk kat rumah orang bujang area Millenium Height ni. kulit Farah sangat sangat kering terutama area muka.

Jadi, apa yang Farah lakukan adalah dengan 



Vaseline. 

Vaseline sangat sangat bagus untuk kulit muka yang kering. So, hanya sapukan vaseline di kawasan muka yang bermasalah atau di seluruh kawasan kulit muka setiap hari sebelum tidur. Trust me, sangat berkesan. You should try this :)

Wait for my next entry pulak okay? Jangan lupa baca my last entry jugak. Thanks a lot!


Special Tips: 5 TIPS HOW TO GAIN MORE FOLLOWERS ON INSTAGRAM

Ada orang request macam mana nak dapatkan ramai follower kat Instagram. Nak dijadikan cerita, follower atau dalam bahasa melayunya, pengikut Farah kat Instagram tak ramai pon. Seramai 4.2k sahaja nak dibandingkan dengan yang memiliki berpuluh ratus ribu followers! Tapi tak apa, Farah just berkongsi macam mana Farah dapat mencapai hingga a little 4.2k so far :)

1. Benda yang paling amat penting sekali adalah jangan sombong.  JANGAN sesekali sombong dengan orang yang dah follow kita. Diorang dah follow kita kan? Followlah diorang balik. Apa salahnya kan? Tapi tengoklah. Make sure, following tak melebihi followers. Okay?

2. Follow artis yang mempunyai followers ramai. Contohnya Neelofa, Zizan Razak, Rozita Che Wan, Siti Nur Haliza, Nora Danish dan banyak lagi. Once dah follow, follow jugak followers diorang. Trust me, akan ada yang follow korang lepas beberapa minit. Ini cara paling cepat. SERIOUSLY

3. Rajin like gambar orang lain dan rajin comment. Interaction itu kan penting. But do not spam. DO NOT SPAM. 

4. Post gambar pada waktu yang sesuai dan sertakan hashtag yang bersesuaian. Orang lain akan click that hashtag dalam pencarian diorang dan gambar korang pun terpapar. So, maybe diorang akan like dan follow if diorang suka dengan gambar korang. Tapi jangan letak banyak sangat hashtag. Korang bukannya nak buat karangan pun kan! Nampak serabut je nanti.

5. Setkan theme gambar kat Instagram korang. Sama ada theme rose gold, pink, blue sea, brown, dark, and whatsoever. Juga, letak bio yang menarik.

Soooo, kita dah sampai ke penghabisan. Itu sahaja yang Farah boleh share setakat ini. Setakat yang Farah tau. Maybe korang pun ada tips lain? Let's spread your sharing! :) OH, one more thing. Unfollow je mana yang tak follow back dan unfollow tu hiks

Alright, Jangan lupa follow juga Farah kat instagram ! @thecahayafarah dan drop your username dekat comment below if korang nak Farah follow balik. Thank you korang, sudi baca dan singgah sini. Wait for my next entry ya!


Tambah Follower kat Instagram ?

Assalamualaikum. Ada orang lagi tak? hew hew hew

It's been a loooooong time Farah tak update blog Cik Cahaya Farah ni kan? Thank You jugak Farah ucapkan buat korang yg masih sudi andd masih berkunjung ke sini. Buat pengunjung baru jugak, Thank You. 

Actually Farah busy dengan a lotttt of assignment, forum and exam haritu. Sekarang pun still busy dengan study sebenarnya. Rindu punya pasal, terdetik lah di hati nak jenguk sekejap Blog Farah ni and sambil tinggalkan entry terbaru. *Mohon jangan unfollow hakak sebab tak active tauuu hihk*

So, memandangkan blog Farah tak berapa nak meriah sekarang, Farah ingat nak buat Team Follower Instagram! Bukan team lah, I mean. Em, macam mana nak cakap ek. Okay senang cerita lah kan. For u gais yang memiliki account Instagram *social media yang famous di abad ini*, apa kataaaaa, korang letak nama Insta korang kat Comment space bawah ni. Kalau korang ada lima account, letak jelah kelima-lima tu sekali. JANJI! Janji korang follow Account Insta Farah, Farah jugak akan follow back. Seriously

So, Kita boleh lah tambah rakan Insta, sambil-sambil dapat mengenali rakan blog kita yg memiliki account Insta. Betul tak? So, yeah! Just drop Your Insta username hokaaay! I'm waitinggggg!

Ini account Instagram Farah tau.
@thecahayafarah
@thecahayafarah
@thecahayafarah

Okayy babaii! Oh, wait for my next post okay. Much love <3


KENAPA UJIAN TAK PERNAH TAK PAHIT



Assalamualaikum. Hai reader, sihat tak? So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. setiap ujian tak pernah ada yang manis. Kecuali ujian bila korang dah tau soalan yg akan keluar dan korang just hafal jawapan then, bom! semua jawapan korang betul then get full mark. wowww yg tu manis


So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. Memang dalam hidup ni, semua orang pernah dan pasti akan lalui ujian. Cuma, ujian yang dilalui itu berbeza-beza tak kiralah yang muda atau pun yang tua. yang kanak-kanak hinggalah warga tua. even baby pun ada ujiannya tau.

Kadang-kala kita puas bertanya sendirian kenapa aku yg dipilih untuk ujian seberat ini. kenapa aku harus melalui detik-detik yg begitu merundum jiwa, menjatuhkan aku. Puas berfikir mencari jawapan. tetap tak jumpa. jiwa semakin parah, hati semakin sakit adalah. Nak bangkit semula tapi payah bila mengenangkan laluan hidup yg penuh onak duri. Ditambah lagi dengan insan-insan sekeliling yang hanya menyesakkan jiwa.




Tahu tak, ujian-ujian itu Allah yang kurniakan buat kita. buat semua hambanya. Allah tak main suka-suka je nak bagi ujian. ha ujian ni bagi kat orang tu, ujian tu bagi kat orang tu NO. Allah tahu kemampuan diri kita. Kita tak kenal siapa diri kita, kekuatan kita, kebolehan kita tapi Allah tahu. Allah kenal kita. Allah tahu sangat siapa diri kita. Allah tahu.. once kita ditimpa ujian yg begitu membebankan hingga kita merasakan tiada lagi cahaya dalam kehidupan, ambil masa sejenak, biarlah bersendirian dan cuba muhasabah. Pasti ada sebab Allah menguji. Berdiam, bertenang, cari ketenangan, kosongkan minda, kosongkan fikiran, kosongkan hati. Cuba fikir sejenak. dan dekatkan diri padaNya. Sungguh Dia akan membukakan jalan buat kita dan beritahu kita ini hikmahnya kita diuji. Ini sebabnya kita diduga dengan pelbagai cara. Dan perlahan-lahan, bangkitlah dari kejatuhan. bangunlah dari kegagalan. bebaskan perasaan dari kekecewaan dan kemarahan. Ambil iktibar dan jadikan sebagai dorongan. Masih ramai orang di sekeliling yang mahu lihat kejayaan kita, yang mahu lihat kita bahagia, yang menyayangi dan mencintai kita.

Farah petik kata-kata ini daripada rakan blogger, dan farah rasa tenang bila baca kata-kata ni.


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 




Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Farah selalu terfikir bila hari ini Farah bersedih, InshaAllah pasti malam nanti atau esok atau hari berikutnya akan ada sesuatu yang membuat kita tertawa. Akan ada seseorang yang membuat kita gembira.

Orang kata, jika kita percaya bahawa selepas hujan, adanya sang pelangi, pasti selepas kesedihan dan kepahitan akan ada kebahagiaan dan kemanisan.

Now, siapakah insan yg menjadi penaik semangat korang disaat korang jatuh? Siapakah insan yg menjadi sebab untuk korang bangkit semula? Hargailah mereka sepenuhnya :) Salam sayanggg.

Mana yg silap, harap diperbetulkan. Mana yg baik datangnya daripada Allah S.W.T dan mana yg buruk datangnya dari diri Farah  sendiri. Thank you sudi membaca dan wait for my next entry!  

Qoutes dipetik daripada blog Cik Affriena Zubil :)

Bridging Program 4 Minggu





Assalamualaikum. Hai, lamanyaaaaaa Farah biarkan blog ni berhabuk. Hal ini dah menggalakkan sang laba-laba datang ke sini untuk BERSARANG DAN BERKELUARGA!!! okay mengarut

Disebabkan ada someone yang rupa-rupanya dah baca tulisan Farah kat dalam blog ni, dan dia suruh Farah update maka hari ini Farah kuatkan semangat jugak untuk update. dia siap kata "carilah ilham wat blog" okay rasa terharu dan dihargai hehe. ish ish ish, tak patut tak patut, tunggu orang suruh baru nak update? dah macam tukul dengan paku! diketuk baru mahu masuk

Actually, beberapa minggu ni, I mean, nak dekat sebulan or lebih sebulan??? Farah busy dengan aktiviti outdoor. Lepas Farah tolong makcik jaga kedai vendor, Farah terus masuk aktiviti college. Kitorang ada Bridging Program selama 4 minggu, dan akan berakhir pada minggu depan. 

Okay, apa itu Brdiging Program? Secara bahasa kamus, bridging itu merapatkan. maknanya, farah hadir sesi perkenalan selama 4 minggu. bukan orientation program taauu. sebab kitorang akan ada orientasi di hari lain. Selama 4 minggu ni, setakat ni macam-macam juga perkara yang Farah pelajari. Tentang tips & tricks search engine yang belum kami tahu, especially Farah baru tahu yang Malaysia pernah ada Engine search sendiri!! omo omo.. kalau dulu, cari.com klu sekarang tak sure still ada or memang dah tenggelam di bawa arus ombak, cewah! korang trylah linkkan cari.com okay ;)

then, mengenal rakan-rakan baru itu sudah pasti. Farah dapat berkenalan dengan bakal coursemate yang berbeza-beza umur! guess what, I'm a younger between my coursemate huuhu dan Farah amik B.ED *bukan katil*. kitorang juga diajar tips mengambil gambar yang cantik seperti photographer. dan paling farah tunggu-tunggu, our next aktiviti pada minggu depan, kitorang akan hadir seminar tentang e-rezeki. pernah dengar e-rezeki? takpe, lepas hadir program itu nanti, farah akan perkenalkan pula pada korang :) 



oh, sebelum Farah akhiri, macam mana dengan student yg telah melalui orientation as a Pre-U student? Ready untuk memilih STPM? Dah pilih course? Selamat memilih dengan jayanya :) Jangan pilih ikut kawan. Jangan pilih mengikut latar belakang keluarga. I mean, jika abang kakak korang dulu science stream student, tak semestinya korang wajib amik course science jugak. Pilih yang korang rasa boleh 'angkat' dan korang boleh enjoy tanpa terpaksa. jangan lupa jugak cari gali tentang kerjayanya. tapi kalau hasrat untuk amik Science itu datang dari diri korang sendiri, why not? :)

buat student yang tak mahu masuk Pra-U amik STPM, nak amik Diploma or Foundation, khususnya di Sabah, Sidma College, Unitar College & CUCMS juga akan mengalu-alukan kedatangan korang. if korang perlukan bantuan, sure Farah akan bantu dari awal korang masuk hingga pendaftaran hinggalah ke tempat mengurus tempat tinggal :) Venue? Terletak di Jalan Bundusan, KOta Kinabalu :) let's we keep in touch mawarputih060@gmail.com :)) 

STAD activity






so, mana yg baik datangnya dari Allah S.W.T mana yg buruk datang dari diri Farah sendiri. Tunggu my next entry taauu! :)

PRODUK SCINCARE PALING SESUAI

Assalamualaikum gais. Tahu takk, Farah tengah dalam dilema tentang produk scincare yg mana paling sesuai untuk kulit wajah Farah. 

Korang gunakan produk scincare apa sekarang ini? Berkesan dan memuaskan hati tak? 

Kulit wajah Farah sangatlah kering dan juga sensitif. Biarpun tak banyak jerawat tapi kaya dengan whitehead/blackhead. ha nampak? perkataan kaya tu.

Geram sangat blackhead/whitehead tak mahu hilang. Sebelum ni, lepas pakai mask, hilang juga sehari dua. lepas tu dia datang lagiii! selalunya dekat atas dagu, hidung, pipi dan juga atas bibir. Serius tak tahu macam mana nak hilangkanya. 


gambar wajah Farah sewaktu tumbuh jerawat kecil di pipi. ada je blackhead/whitehead tu, tapi dia malu-malu meow. taknak tunjuk muka



Sebelum ni, dah jumpa produk yg berkesan seawal seminggu. sangat-sangat berkesan. kulit jadi licin je. Semut pun suka nak lalu-lalang ecehh. tiba-tibalah pula dapat khabar yg produk itu tak selamat dipakai kerana mengandungi banyak bahan kimia oh tidakk.

Orang kata, better pakai produk yang dijual di kedai seperti watson, guardian, etc.. tak tahulah kan sebabnya apa. tapi Farah tak tahu nak pakai produk scincare yang mana yang ada dijual di kedai-kedai tu. Sebelum ini, Farah pernah ditawarkan untuk jadi Beauty Consultant bagi produk MaryKay. Teringin juga tapi bajet takdaaa. mahal sangat bagi Farah yg student ni

Patut ke berbalik semula pd Garnier? atau ada produk scincare lain yg lebih recommended? Untuk kulit macam Farah yg kering dan sensitif ni. Hmmm


Image result for garnier malaysia

Image result for garnier malaysia


MY NEW HANDSOME PARTNER

Assalamualaikum. Suka baca novel tak?

Hari ni Farah dapat partner baru boleh tahan handsome dia. Waktu cuti panjang macam ni lah, memang Farah perlukan sangat-sangat partner macam ni, lagi-lagi kalau dia handsome, kemas, romantik ke menyedihkan ke itu tak kesah. Janji dia besttt. 




Dan, apa comment Farah tentang novel ini adalah, "Tak Pernah Menyerah" ni memang sangat-sangat best. Farah suka jalan ceritanya. Farah suka pengolahan bahasa yg dipakai. Tak terlalu lapuk dan moden. Tambah lagi penulisannya yang kemas. Yang penting, jalan ceritanya memang best. Kalau tak baca hari ni, mesti tertanya-tanya apa jadi selepas tu, apa yg sebenarnya berlaku dan blah blah blah. Cerita dia banyak ke-misteri-an haa gitu. Ada sesetengah novel, baru baca kita dah boleh agak sendiri jalan cerita dan endingya. Tapi beza dengan yg ini. Harganya pun murah. Dekat sini, I got RM24. 

Masa tu, abah bawa adik-adik pegi cari buku rujukan SPM diorang. Farah pun macam biasa ambil gerakan sendiri pegi ke area novel. Sebenarnya Farah juga minat novel english tapi kat kedai tu tak ada jual. Untung-untung dapat lah "Tak Pernah Menyerah". Okay lah, Farah nak pegi sambung baca. bubye Wassalam Thank you sudi baca dan tunggu my next entry :)