BAGAIMANA FARAH MERAWAT KULIT KERING

Assalamualaikum. hey, korang pernah tak mengalami masalah kulit yang Farah nyatakan kat title di atas? Masalah kulit kering. So, hari ni Farah nak share cara Farah sendiri untuk merawat kulit Farah yang kering sebab, Farah duduk kat rumah orang bujang area Millenium Height ni. kulit Farah sangat sangat kering terutama area muka.

Jadi, apa yang Farah lakukan adalah dengan 



Vaseline. 

Vaseline sangat sangat bagus untuk kulit muka yang kering. So, hanya sapukan vaseline di kawasan muka yang bermasalah atau di seluruh kawasan kulit muka setiap hari sebelum tidur. Trust me, sangat berkesan. You should try this :)

Wait for my next entry pulak okay? Jangan lupa baca my last entry jugak. Thanks a lot!


Tambah Follower kat Instagram ?

Assalamualaikum. Ada orang lagi tak? hew hew hew

It's been a loooooong time Farah tak update blog Cik Cahaya Farah ni kan? Thank You jugak Farah ucapkan buat korang yg masih sudi andd masih berkunjung ke sini. Buat pengunjung baru jugak, Thank You. 

Actually Farah busy dengan a lotttt of assignment, forum and exam haritu. Sekarang pun still busy dengan study sebenarnya. Rindu punya pasal, terdetik lah di hati nak jenguk sekejap Blog Farah ni and sambil tinggalkan entry terbaru. *Mohon jangan unfollow hakak sebab tak active tauuu hihk*

So, memandangkan blog Farah tak berapa nak meriah sekarang, Farah ingat nak buat Team Follower Instagram! Bukan team lah, I mean. Em, macam mana nak cakap ek. Okay senang cerita lah kan. For u gais yang memiliki account Instagram *social media yang famous di abad ini*, apa kataaaaa, korang letak nama Insta korang kat Comment space bawah ni. Kalau korang ada lima account, letak jelah kelima-lima tu sekali. JANJI! Janji korang follow Account Insta Farah, Farah jugak akan follow back. Seriously

So, Kita boleh lah tambah rakan Insta, sambil-sambil dapat mengenali rakan blog kita yg memiliki account Insta. Betul tak? So, yeah! Just drop Your Insta username hokaaay! I'm waitinggggg!

Ini account Instagram Farah tau.
@thecahayafarah
@thecahayafarah
@thecahayafarah

Okayy babaii! Oh, wait for my next post okay. Much love <3


KENAPA UJIAN TAK PERNAH TAK PAHIT



Assalamualaikum. Hai reader, sihat tak? So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. setiap ujian tak pernah ada yang manis. Kecuali ujian bila korang dah tau soalan yg akan keluar dan korang just hafal jawapan then, bom! semua jawapan korang betul then get full mark. wowww yg tu manis


So, kenapa ujian tak pernah tak pahit. Memang dalam hidup ni, semua orang pernah dan pasti akan lalui ujian. Cuma, ujian yang dilalui itu berbeza-beza tak kiralah yang muda atau pun yang tua. yang kanak-kanak hinggalah warga tua. even baby pun ada ujiannya tau.

Kadang-kala kita puas bertanya sendirian kenapa aku yg dipilih untuk ujian seberat ini. kenapa aku harus melalui detik-detik yg begitu merundum jiwa, menjatuhkan aku. Puas berfikir mencari jawapan. tetap tak jumpa. jiwa semakin parah, hati semakin sakit adalah. Nak bangkit semula tapi payah bila mengenangkan laluan hidup yg penuh onak duri. Ditambah lagi dengan insan-insan sekeliling yang hanya menyesakkan jiwa.




Tahu tak, ujian-ujian itu Allah yang kurniakan buat kita. buat semua hambanya. Allah tak main suka-suka je nak bagi ujian. ha ujian ni bagi kat orang tu, ujian tu bagi kat orang tu NO. Allah tahu kemampuan diri kita. Kita tak kenal siapa diri kita, kekuatan kita, kebolehan kita tapi Allah tahu. Allah kenal kita. Allah tahu sangat siapa diri kita. Allah tahu.. once kita ditimpa ujian yg begitu membebankan hingga kita merasakan tiada lagi cahaya dalam kehidupan, ambil masa sejenak, biarlah bersendirian dan cuba muhasabah. Pasti ada sebab Allah menguji. Berdiam, bertenang, cari ketenangan, kosongkan minda, kosongkan fikiran, kosongkan hati. Cuba fikir sejenak. dan dekatkan diri padaNya. Sungguh Dia akan membukakan jalan buat kita dan beritahu kita ini hikmahnya kita diuji. Ini sebabnya kita diduga dengan pelbagai cara. Dan perlahan-lahan, bangkitlah dari kejatuhan. bangunlah dari kegagalan. bebaskan perasaan dari kekecewaan dan kemarahan. Ambil iktibar dan jadikan sebagai dorongan. Masih ramai orang di sekeliling yang mahu lihat kejayaan kita, yang mahu lihat kita bahagia, yang menyayangi dan mencintai kita.

Farah petik kata-kata ini daripada rakan blogger, dan farah rasa tenang bila baca kata-kata ni.


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 




Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.



Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

Farah selalu terfikir bila hari ini Farah bersedih, InshaAllah pasti malam nanti atau esok atau hari berikutnya akan ada sesuatu yang membuat kita tertawa. Akan ada seseorang yang membuat kita gembira.

Orang kata, jika kita percaya bahawa selepas hujan, adanya sang pelangi, pasti selepas kesedihan dan kepahitan akan ada kebahagiaan dan kemanisan.

Now, siapakah insan yg menjadi penaik semangat korang disaat korang jatuh? Siapakah insan yg menjadi sebab untuk korang bangkit semula? Hargailah mereka sepenuhnya :) Salam sayanggg.

Mana yg silap, harap diperbetulkan. Mana yg baik datangnya daripada Allah S.W.T dan mana yg buruk datangnya dari diri Farah  sendiri. Thank you sudi membaca dan wait for my next entry!  

Qoutes dipetik daripada blog Cik Affriena Zubil :)

Bridging Program 4 Minggu





Assalamualaikum. Hai, lamanyaaaaaa Farah biarkan blog ni berhabuk. Hal ini dah menggalakkan sang laba-laba datang ke sini untuk BERSARANG DAN BERKELUARGA!!! okay mengarut

Disebabkan ada someone yang rupa-rupanya dah baca tulisan Farah kat dalam blog ni, dan dia suruh Farah update maka hari ini Farah kuatkan semangat jugak untuk update. dia siap kata "carilah ilham wat blog" okay rasa terharu dan dihargai hehe. ish ish ish, tak patut tak patut, tunggu orang suruh baru nak update? dah macam tukul dengan paku! diketuk baru mahu masuk

Actually, beberapa minggu ni, I mean, nak dekat sebulan or lebih sebulan??? Farah busy dengan aktiviti outdoor. Lepas Farah tolong makcik jaga kedai vendor, Farah terus masuk aktiviti college. Kitorang ada Bridging Program selama 4 minggu, dan akan berakhir pada minggu depan. 

Okay, apa itu Brdiging Program? Secara bahasa kamus, bridging itu merapatkan. maknanya, farah hadir sesi perkenalan selama 4 minggu. bukan orientation program taauu. sebab kitorang akan ada orientasi di hari lain. Selama 4 minggu ni, setakat ni macam-macam juga perkara yang Farah pelajari. Tentang tips & tricks search engine yang belum kami tahu, especially Farah baru tahu yang Malaysia pernah ada Engine search sendiri!! omo omo.. kalau dulu, cari.com klu sekarang tak sure still ada or memang dah tenggelam di bawa arus ombak, cewah! korang trylah linkkan cari.com okay ;)

then, mengenal rakan-rakan baru itu sudah pasti. Farah dapat berkenalan dengan bakal coursemate yang berbeza-beza umur! guess what, I'm a younger between my coursemate huuhu dan Farah amik B.ED *bukan katil*. kitorang juga diajar tips mengambil gambar yang cantik seperti photographer. dan paling farah tunggu-tunggu, our next aktiviti pada minggu depan, kitorang akan hadir seminar tentang e-rezeki. pernah dengar e-rezeki? takpe, lepas hadir program itu nanti, farah akan perkenalkan pula pada korang :) 



oh, sebelum Farah akhiri, macam mana dengan student yg telah melalui orientation as a Pre-U student? Ready untuk memilih STPM? Dah pilih course? Selamat memilih dengan jayanya :) Jangan pilih ikut kawan. Jangan pilih mengikut latar belakang keluarga. I mean, jika abang kakak korang dulu science stream student, tak semestinya korang wajib amik course science jugak. Pilih yang korang rasa boleh 'angkat' dan korang boleh enjoy tanpa terpaksa. jangan lupa jugak cari gali tentang kerjayanya. tapi kalau hasrat untuk amik Science itu datang dari diri korang sendiri, why not? :)

buat student yang tak mahu masuk Pra-U amik STPM, nak amik Diploma or Foundation, khususnya di Sabah, Sidma College, Unitar College & CUCMS juga akan mengalu-alukan kedatangan korang. if korang perlukan bantuan, sure Farah akan bantu dari awal korang masuk hingga pendaftaran hinggalah ke tempat mengurus tempat tinggal :) Venue? Terletak di Jalan Bundusan, KOta Kinabalu :) let's we keep in touch mawarputih060@gmail.com :)) 

STAD activity






so, mana yg baik datangnya dari Allah S.W.T mana yg buruk datang dari diri Farah sendiri. Tunggu my next entry taauu! :)

PRODUK SCINCARE PALING SESUAI

Assalamualaikum gais. Tahu takk, Farah tengah dalam dilema tentang produk scincare yg mana paling sesuai untuk kulit wajah Farah. 

Korang gunakan produk scincare apa sekarang ini? Berkesan dan memuaskan hati tak? 

Kulit wajah Farah sangatlah kering dan juga sensitif. Biarpun tak banyak jerawat tapi kaya dengan whitehead/blackhead. ha nampak? perkataan kaya tu.

Geram sangat blackhead/whitehead tak mahu hilang. Sebelum ni, lepas pakai mask, hilang juga sehari dua. lepas tu dia datang lagiii! selalunya dekat atas dagu, hidung, pipi dan juga atas bibir. Serius tak tahu macam mana nak hilangkanya. 


gambar wajah Farah sewaktu tumbuh jerawat kecil di pipi. ada je blackhead/whitehead tu, tapi dia malu-malu meow. taknak tunjuk muka



Sebelum ni, dah jumpa produk yg berkesan seawal seminggu. sangat-sangat berkesan. kulit jadi licin je. Semut pun suka nak lalu-lalang ecehh. tiba-tibalah pula dapat khabar yg produk itu tak selamat dipakai kerana mengandungi banyak bahan kimia oh tidakk.

Orang kata, better pakai produk yang dijual di kedai seperti watson, guardian, etc.. tak tahulah kan sebabnya apa. tapi Farah tak tahu nak pakai produk scincare yang mana yang ada dijual di kedai-kedai tu. Sebelum ini, Farah pernah ditawarkan untuk jadi Beauty Consultant bagi produk MaryKay. Teringin juga tapi bajet takdaaa. mahal sangat bagi Farah yg student ni

Patut ke berbalik semula pd Garnier? atau ada produk scincare lain yg lebih recommended? Untuk kulit macam Farah yg kering dan sensitif ni. Hmmm


Image result for garnier malaysia

Image result for garnier malaysia


MY NEW HANDSOME PARTNER

Assalamualaikum. Suka baca novel tak?

Hari ni Farah dapat partner baru boleh tahan handsome dia. Waktu cuti panjang macam ni lah, memang Farah perlukan sangat-sangat partner macam ni, lagi-lagi kalau dia handsome, kemas, romantik ke menyedihkan ke itu tak kesah. Janji dia besttt. 




Dan, apa comment Farah tentang novel ini adalah, "Tak Pernah Menyerah" ni memang sangat-sangat best. Farah suka jalan ceritanya. Farah suka pengolahan bahasa yg dipakai. Tak terlalu lapuk dan moden. Tambah lagi penulisannya yang kemas. Yang penting, jalan ceritanya memang best. Kalau tak baca hari ni, mesti tertanya-tanya apa jadi selepas tu, apa yg sebenarnya berlaku dan blah blah blah. Cerita dia banyak ke-misteri-an haa gitu. Ada sesetengah novel, baru baca kita dah boleh agak sendiri jalan cerita dan endingya. Tapi beza dengan yg ini. Harganya pun murah. Dekat sini, I got RM24. 

Masa tu, abah bawa adik-adik pegi cari buku rujukan SPM diorang. Farah pun macam biasa ambil gerakan sendiri pegi ke area novel. Sebenarnya Farah juga minat novel english tapi kat kedai tu tak ada jual. Untung-untung dapat lah "Tak Pernah Menyerah". Okay lah, Farah nak pegi sambung baca. bubye Wassalam Thank you sudi baca dan tunggu my next entry :)



PINJAMAN YAYASAN SABAH

Assalamualaikum. Hai readers Farah yg tercinta *cewah!*

Alhamdulillah kita bertemu di entry Farah yg baru. Sebenarnya baru-baru ini, Farah menerima request daripada seseorang melalui Instagram via Direct Message (DM). Seseorang itu nak minta Farah buatkan belog so, Farah amatlah berbesar hati nak membantu. Cuma Farah tak pro sangat macam korang yg ada belog voom voom kevavoom :( Sekadar simple je. Kalau sebelum ni, Farah rajin mengedit belog, bila dah lama tinggal jadi lupa sikit dah. Tapi takpa, Farah cuba sedaya yang mungkin. Ada yang nak sponsor tak? bahahaha ok gurau gurau gurau.




Jadi, kelmarin, kalau dekat Sabah we all kata "kelmarin" bukan semalam. Jadi kelmarin, Farah dah selesai hantar borang permohonan pinjaman yayasan sabah untuk menyambung pelajaran. Nak bagitau sikit, yayasan sabah or even dekat mana-mana negeri pun memang akan strictly sikit bab-bab nak bagi pinjaman. Diorang strict ni sebab diorang taknak terbagi pinjaman pula dekat orang yg salah. I mean, kalau yayasan sabah. Diorang memang tetapkan untuk orang bumiputera sahaja, means untuk orang Sabah jelah. 



Kelmarin masa hantar, Cik Puan tu bukan sekadar ambil, belek-belek dan kita boleh terus chau macam tu aje. Farah bagi, duduk kejap, dan dia periksa satu-persatu. Tiba-tibalah pula, Farah lupa nak sertakan surat beranak ibu bapa. Itu perkara yg wajib ye kalau korang nak mohon pinjaman yayasan. Nak taknak, terpaksalah faxkan hari ini. Dalam hati masa tu, terus terfikir, "wajah saya ada nampak macam orang korea tak?" hahahahha ok gurau.

Oleh itu, kalau korang betul-betul serius nak mohon pinjaman yayasan, korang jangan jangan jangan putus asa. Even masa isi borang by online pun, memang ada yg mencabar kesabaran. Lepas dah save, tiba-tiba boleh hilang apa yg diisi? lebih 5 kali Farah kena isi benda yg sama. Jangan mudah mengalah ok kalau nak dapatkan sesuatu. 

Gambar kat atas tulah, Farah posing kat depan bangunan yayasan sabah. 



Tak tahulah kenapa Farah suka sangat dengan bentuk bangunan kat belakang tu. Orang Sabah mesti tahu tempat ni. 

Okay lah, salam ceria dari Farah. Thank you sudi jenguk dan baca entry ini. Mana yg baik datangnya dari Allah s.w.t. Mana yg buruk datangnya dari diri Farah sendiri. Salah silap mohon maaf ye. 

p/s: Farah rasa teringin nak buat tutorial tudung shawl lah. Ada yg nak tengok ke nanti? 

Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


23/03/2017 - 31/03/2017
JOM JOIN SEGMEN INI ;)

Segmen Bloglist April 2017 by Farah Shahidah


Assalamualaikum!! Setelah sekian lama menyepi dari dunia belog, tengah-tengah malam macam ni juga lah Farah tengoh mood join segmen. Sajalah kan nak tambah rakan blogger. Manatau untung-untung dapat terpilih jadi blogger bertuah ;)

So, nak mendescribe lah pula tentang belog Farah ni. Apa ada pada belog ni ialah, random. Ya, random. Macam-macam perkara yang Farah berbesar hati nak berkongsi pada pembaca. Personal, resepi masakan, tutorial dan easy DIY, tempat-tempat menarik dan best dan juga karya Farah. Pembaca boleh lah datang ke belog Farah untuk membaca novel-novel Farah yang terunggul tu! hehehe

So, kalau korang nak join segmen ini juga, hanya perlu tekan banner yang Farah tepek dekat atas ini ya. Cepat sebelum tarikh tutup :). Okay, wassalam. Mana yang baik datang dari Allah, mana yang buruk datang dari diri Farah sendiri. Tunggu my next post ya. Thank you!!

BANYAK KELEBIHAN PRA-UNIVERSITI



Assalamualaikum. Hari ni hari keputusan SPM keluar kan? Tak sangka, Fara dah 3 tahun meninggalkan SPM. Sebenarnya, dalam konten ini, Farah nak lah selitkan sekali luahan hati yang dah lama termendap. Tapi InshaAllah tak akan meletus macam gunung berapi. hahaha jap. hati ada lava tak? hahahahaha ok cukup.

Kisah Farah sebagai lepasan SPM. Dulu.., eceh. Farah buka cerita ya. hehe

Dulu lepas Spm, Farah ditawarkan sambung belajar di dua tempat iaitu Politeknik Kota Kinabalu dan satu lagi di salah sebuah IPT di Pahang. Di Politeknik, Farah ditawarkan course Marketing iaitu minat Farah dan di IPT di Pahang, adalah dalam bidang Syariah. Oh,satu lagi di IPTS *maaf, dah lupa la* dalam course Metodologi *aduh. kalau tak silap lah. dah lupa lah!! sobsob* dan juga tawaran sambung belajar ke Pra-Universiti.  (Ambil STPM)

So, masa tu puuunyalah hati senang! Snap surat tawaran dan hantar ke group Whatsapp. 

"wah, tahniah!"

"Cangratulations Farah!!"

"Thank you, thank you.."

TAPI. Tak lama lepas tu, Abah pula dinaikkan pangkat dan dipindah ke kawasan lain yang jauhhh dari tempat tinggal. Untuk pergi ke sana mengambil masa 8 jam!! Iaitu di, Tawau  Sabah. Bermulalah kisah di mana Farah TERPAKSA TOLAK SEBULAT-BULATNYA tawaran yang lain dan hanya terima tawaran Pra-Universiti di sekolah yang berhampiran. *Serius memang hampir. sebelah rumah ja.* Sebab mama akan tinggal sorang dekat rumah. Farah rasa, ini satu pengorbanan yang Farah buat untuk keluarga Farah.

So, atas pencerahan dari abah dan pacik Farah, Farah just terima. Farah tak buat apa-apa keputusan. Kata setuju pun tidak, tak setuju  pun tidak. Ramai orang taknak masuk Pra-U sebab taknak ambil risiko. Kata mereka lah. Terus terang dari hati, bila dah masuk, hati Farah seakan tidak setuju. Bukan sebab apa. Kes jealous dengan budak Universiti hahahaha. Lepas dah lalui semester 1, rasanya memang Farah tak mampu nak angkat. Sebab 2 subjek je yang credit. Dua lagi sangkut. Disebabkan dua ni lah, pointer keseluruhan tak mencapai 2.00. Selepas semester 3 *habis semester* Farah dah lalui sedikit demi sedikit peningkatan. Dengan bantuan abah juga, Farah dah mampu mencapai target. Alhamdulillah result Farah, Farah layak memohon di IPTA.



Farah nak simpul ikat tepi lah kan kat sini, actually masuk Pra-U ni memang saaangat menguntungkan. Kenapa?

Sebab kenapa Pra-U menguntungkan/ kelebihan STPM:

First, STPM memang setaraf dengan DIPLOMA dan Diiktiraf oleh banyak Universiti antarabangsa. Setaraf ANTARABANGSA.

Kedua, Pra-U boleh jimat dari segi masa. Korang cuma ada tempoh pengajian selama setahun 6 bulan sahaja. Bayangkan 18 tahun korang ambil Pra-U, tamat pengajian umur korang 19. Korang ada cuti yang panjang dan umur 20 tahun korang dah boleh ambil DEGREE!!

Ketiga, jimat dari segi wang ringgit. Dengan Pra-U tidak sampai pun beribu-ribu. Hanya berbelanja untuk yuran *depends pd sekolah*, buku nota dan kalau ada seminar-seminar teknik menjawab. Boleh dikatakan Zero Cost.

Keempat, Berpeluang untuk kerja. Sama macam Diploma, keputusan STPM layak memohon pekerjaan jika korang tak mahu sambung Degree. So taraf pekerjaannya, jawatan lebih  tinggi daripada jawatan yg cuma ada SPM.

Kelima, paling disukai ramai. Korang boleh dapat baucer sebanyak RM250 seperti kat Universiti. Dengan baucer tu, korang boleh beli buku nota, calculator, alat tulis, kamus dan banyak lagi. Jimat tak?

Keenam, kerja kursus. Dengan adanya markah kerja kursus yg dinilai guru sendiri, korang berpeluang menyelamatkan pointer. Dengan syarat, buat siapkan seperti yang diarahkan dan hantar. Kalau cikgu kata, buat pembetulan, korang  KENA buat. Sering lah berjumpa guru, tanya itu ini. Diorang takkan marah.sebab ini juga dikira markah. InshaAllah, korang boleh dapat Gred A dan ditambah dalam pointer keseluruhan.

Ketujuh, pakaian bebas. Dulu, korang kena pakai pakaian seragam sekolah. Sekarang,cuma pakai pakaian formal seperti di mana-mana universiti.

Kelapan, ULANG SUBJEK GAGAL atau TIDAK MEMUASKAN. Misal kata, dalam setiap semester, keputusan korang bagi satu-satu subjek gagal atau kurang memberangsangkan, korang boleh ulang semula selepas STPM semester 3. Cuma bermula tahun lepas, cuma STPM semester 3 sahaja tak boleh diulang.

Kesembilan, TERUS MASUK DEGREE. Selepas pengajian korang selama setahun 6 bulan tu, korang boleh terus apply dekat mana-mana IPT untuk ambil DEGREE. So macam yang Farah cakap tadi, kat sini untung dari segi masa dan wang.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi cuma sembila jelah yang terlintas di benak fikiran Farah setakat ini. Apa-apa pun, setiap keputusan berada di tangan korang. Korang bijak membuat pilihan untuk masa depan :) So, mana yang buruk datangnya dari diri Farah sendiri, mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T Wassalam. Thank you!! Tunggu my next post ya!

FIRST OF FARAH's POST


Assalamualaikum!!

Dah lama rasanya Farah tak berblogging nih. disebabkan itu jugaa Farah kembali dengan wajah blog yang baru. blog yang kali ni tersaaaangatlah simple. Mesti terdetik di hati korang, blog ni tak ada button follow. Tak ada ruang chitchat. Tak ada itu tak ada ini. OFCOURSE belum lengkap. banyak lagi yang Farah nak edit tapi Farah ambil yang mudah je lah. sebab Farah tak pro sangat.

So it's 2k17 !! tahun ni, I should be twenty. And, yeah. I am officially twenty. cuma agak sedih jugak lah. Awal bulan March haritu, Farah dengan abah nak pegi salah satu IPT sebab nak tanyalah pasal itu ini kan. Bila masuk office, entah siapa pacik mana entah, tanya Farah

 "Lepasan SPM kan?" Farah pun pusing belakang nak membetulkan. 

"Bukan. Lepasan STPM." That was my answer.

"Oh. Habis muka tu macam lepasan SPM." Balas pacik tu.

Farah pun sajalah tunjuk sengih. "Oh, nampak muda kan? Awet muda kan?" Bunyi agak terlebih perasan !! cover line punya pasal. 

Muka nampak macam lepasan SPM? Farah ulang lagi, Lepasan SPM. Hello, umur Farah 20 tahun sekarang. Lepasan SPM 17 kan? 18, 19, 20. Jarak 3 tahun gais !! I can't accept thisss sobsob

Then, bolehlah pulaa, terpacul soalan dari mulut.
"Abah, macam mana nak buat muka nampak tua? Nampak sesuai dengan umur 20 tahun, bukan 17."

What kind of question, huh?! aduh sobsobsob 

Okay okay okay, I know I know. makin panjang berjela lah pula bebelan Cik Farah ni kan? So, Farah akhiri di sini. Mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T mana yang buruk datangnya dari diri Farah sendiri. Tunggu my next post okay. Wassalam & thank you!!