PINJAMAN YAYASAN SABAH

Assalamualaikum. Hai readers Farah yg tercinta *cewah!*

Alhamdulillah kita bertemu di entry Farah yg baru. Sebenarnya baru-baru ini, Farah menerima request daripada seseorang melalui Instagram via Direct Message (DM). Seseorang itu nak minta Farah buatkan belog so, Farah amatlah berbesar hati nak membantu. Cuma Farah tak pro sangat macam korang yg ada belog voom voom kevavoom :( Sekadar simple je. Kalau sebelum ni, Farah rajin mengedit belog, bila dah lama tinggal jadi lupa sikit dah. Tapi takpa, Farah cuba sedaya yang mungkin. Ada yang nak sponsor tak? bahahaha ok gurau gurau gurau.




Jadi, kelmarin, kalau dekat Sabah we all kata "kelmarin" bukan semalam. Jadi kelmarin, Farah dah selesai hantar borang permohonan pinjaman yayasan sabah untuk menyambung pelajaran. Nak bagitau sikit, yayasan sabah or even dekat mana-mana negeri pun memang akan strictly sikit bab-bab nak bagi pinjaman. Diorang strict ni sebab diorang taknak terbagi pinjaman pula dekat orang yg salah. I mean, kalau yayasan sabah. Diorang memang tetapkan untuk orang bumiputera sahaja, means untuk orang Sabah jelah. 



Kelmarin masa hantar, Cik Puan tu bukan sekadar ambil, belek-belek dan kita boleh terus chau macam tu aje. Farah bagi, duduk kejap, dan dia periksa satu-persatu. Tiba-tibalah pula, Farah lupa nak sertakan surat beranak ibu bapa. Itu perkara yg wajib ye kalau korang nak mohon pinjaman yayasan. Nak taknak, terpaksalah faxkan hari ini. Dalam hati masa tu, terus terfikir, "wajah saya ada nampak macam orang korea tak?" hahahahha ok gurau.

Oleh itu, kalau korang betul-betul serius nak mohon pinjaman yayasan, korang jangan jangan jangan putus asa. Even masa isi borang by online pun, memang ada yg mencabar kesabaran. Lepas dah save, tiba-tiba boleh hilang apa yg diisi? lebih 5 kali Farah kena isi benda yg sama. Jangan mudah mengalah ok kalau nak dapatkan sesuatu. 

Gambar kat atas tulah, Farah posing kat depan bangunan yayasan sabah. 



Tak tahulah kenapa Farah suka sangat dengan bentuk bangunan kat belakang tu. Orang Sabah mesti tahu tempat ni. 

Okay lah, salam ceria dari Farah. Thank you sudi jenguk dan baca entry ini. Mana yg baik datangnya dari Allah s.w.t. Mana yg buruk datangnya dari diri Farah sendiri. Salah silap mohon maaf ye. 

p/s: Farah rasa teringin nak buat tutorial tudung shawl lah. Ada yg nak tengok ke nanti? 

2 comments:

  1. laaa, farah org sabah juga :D adik convo di yayasan sabah ni la. cantik bergambar background bangunan tu XD ada juga try mohon pinjaman ys tu tp x dpt :'( sudahlah yuran 1 sem nak dekat 4k

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, Sabahan hehe. huhu farah pun taktau la dapat or tak pinjaman ys tu. still menunggu result. harap dapatlah

      Delete