PAGES

DIY 1: RING HOLDER

 

Credit to Diy in Pdx. http://pinterest.com/diyinpdx/


Lepas pakai cincin, buka letak atas meja. Lepas tu hilang entah ke mana. Dah lah cincin kecil, mata pulak rabun, dah rabun nak tambah degree pulak. Susahlah nak nampak cincin yang jatuh atas lantai. Dah cari, tertendang lah pula masuk bawah katil. Aduhhh ada tak yg pernah lalui situasi macam ni? 😂 tough life nya lahh. Jadiii, kenapa susah-susah sangat ni? Jom buat sendiri tempat letak cincin supaya cincin-cincin tak hilang lagi. Bukan cincin je, gelang pun boleh gais :) 

Apa yang korang perlukan adalah: 



Korang perlukan Cement *mintak izin minta cement ayah korang. jika takde boleh dapatkan di kedai-kedai*

✔Cement 
✔kertas 
✔Pensil
✔Gunting
✔Gam soletape
✔Piring kertas
✔ cawan kertas
✔ stick pembancuh
✔ sedikit air
✔spray-paint atau cat & berus* jika perlu*

First step, Lukiskan bentuk cone di atas kertas. Terpulang nak size macam mana.




Kedua, gunting. Selepas gunting, sambungkan menjadi bentuk cone seperti cone aiskrim lalu gamkan dengan soletape. 




Ketiga, sediakan cement di dalam cawan kertas dan tambahkan sedikit saja air. Bancuh dan tuang ke dalam kertas cone tadi memenuhi ruang lalu ratakan. 

Keempat, lapiskan permukaan atasnya dengan kertas atau plastik lalu biarkan sehingga cement kering dan mengeras di dalam cone. 




Kelima, bila cement sudah kering dan keras, koyakkan atau tanggalkan kertas cone tadi. 



Keenam, gosokkan cement dengan kertas pasir. Selepas itu, terpulang pada korang nak warnakan atau tak. Kalau nak ikut warna kegemaran korang, boleh je warnakan dengan spray-paint atau cat mengikut kreativiti korang :)

TADAAAA! Dah pun siap. Soo, korang boleh lah letak je cincin kat cone cement tu lepas ni. Senang dah nak nampak cincin. Mudah je kan? Try lah! :) Kalau dah try, boleh tag Farah. Kalau ada yg tak faham, boleh tinggalkan komen dekat bawah ya. Jangan malu bertanya ya murid-murid ku hehehe



Gambar di ambil daripada http://pinterest.com/diyinpdx/  Terima kasih dan tunggu my next entry!!! :)

No comments:

Post a Comment