Assalamualaikum. Nakkan sesuatu yang unik atas meja belajar? Why not, kita ubah tempat letak pencil kita jadi bentuk biasa ke bentuk luar biasa. Jadikan sesuatu yang unique dan elegant iaitu membuat tempat letak pencil menjadi bentuk geometric :)
Gambar-gambar dipetik dari blog.tinyprints.com . diy geomtric pencil holder versi melayu punya hehehe.
Okay, bahan-bahan yang akan korang perlukan adalah:
- Papan mat / kertas yang keras
- Gam
- Cat / Spray-paint
- cutter/gunting
Oh ya, juga sediakan lukisan tangan atau yang diprint berbentuk Geometric. boleh search kat google :)
Alright. For the first step, lukiskan atau print Geometric di atas papan mat atau kertas keras. seperti ini
Kedua, potongkan di setiap garisan dengan berhati-hati menggunakan cutter atau gunting.
Ketiga, cantumkankesemuanya dengan menggunakan gam atau hot glue sehingga membentuk geometric. Pastikan ada ruang untuk masukkan pencil.
Boleh juga bubuh wood filler dekat setiap garisan. Sebab kadang-kadang bentuknya tak terlalu tepat. Jadi bila dicantumkan, terdapat gap/jurang di bahagian garisan yang bercantum.
Keempat, biarkan sampai kering. Selepas itu, gosokkan kertas pasir atau bongkah pasir supaya gam dan wood filling tadi lebih terasa kurang kasarnya.
Kelima, time to painttttt! Cat cat dan cat atau spray dengan spray-paint mengikut warna kegemaran korang.
TADAAAA! Dah pun selesai. Macam nilah rupa diooo! Cantik kan?
Amacam? Trylah buat. Dah try nanti jangan lupa tag Farah kat Instagram ekkkhehehe. Tak faham boleh tanya dekat komen kat bawah :) Tunggu my next entry!! Thank you & Wassalam
No comments:
Post a Comment